Thursday, February 4, 2010

SeJaRaH DiRi Dan KeLuarGa

..::SEJARAH DIRI DAN KELUARGA::..


..::Mohamad ZakiE::..






Assalammualaikum, nama saya MOHAMAD ZAKI MOHAMAD RASIDI. Umur saya adalah 14 tahun dan bersekolah di SMK BUKIT SAUJANA. Sekolah rendah di SK PANGLIMA ADNAN. Dan di sekolah itu saya telah belajar berbagai-bagai dan mendapat 4A1B dalam UPSR.Saya lahir pada 24.02.96 dan lahir di Hospital Seberang Jaya,P.Pinang.Akan tetapi kampung saya bukan berada Pulau Pinang ..Hobi saya melayari internet,tidur dan menonton televisyen. Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang akauntan ataupun ahli perniagaan kerana saya mempunyai sebuah kedai di pantai Teluk Kemang menjual baju,pelampung dan macam-macam lagi. Saya rasa beruntung kerana dalam usia muda saya sudah dapat pengalaman dalam bidang perniaagan ini.





..:MAMA::..



Wanita tudung merah menyala ini ialah mama saya. Namanya ialah AZIZAH BTE ZAINAL ABIDIN. Beliau berusia 40 tahun.Beliau merupakan seorang suri rumah.Beliau merupakan seorang mama yang sangat penyayang..Beliau lahir di Mersing,Johor. Beliau lahir pada 05.11.70. Hobi mama mengemas rumah,uruskan adik,meluangkan masa bersama anak-anak, dan macam-macam lagi .









..::PAPA::..






Lelaki yang disebelah kiri itu ialah papa saya.Nama dia MOHAMAD RASIDI B SAMAD. Beliau berusia 44 tahun . Beliau bekerja sebagai

technical executive di Petronas Carigali,Terangganu. Beliau merupakan seorang papa yang penyayang,bertanggungjawab dan macam-macam lagi. Beliau lahir pada 07.07.66 di Teluk Kemang.Hobi beliau tidak tentu tetapi semua hobi beliau berfaedah.





..::ADIKKU YANG TERSAYANG::..



Nama adik saya MOHAMAD ZIKRY B MOHAMAD RASIDI. Dia berusia 12 tahun.Dia merupakan kanak-kanak istemewa(OKU). Dia juga istemewa bagi kami.Kami sekeluarga sangat menyayanyinya.Tarikh lahirnya adalah 11.09.98 di Hospital Besar Seremban.


No comments:

Post a Comment